fb fb fb fb fb

Lebihan dagangan Malaysia kekal positif 62 bulan berturut turut

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 18 Julai – Lebihan dagangan Malaysia kekal positif selama 62 bulan berturut turut sejak Mei 2020.

Ini memandangkan imbangan dagangan bagi Jun tahun ini mencatat sebanyak RM8.6 bilion.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah dagangan negara turut mencatat penurunan 1.2 peratus kepada RM234.9 bilion berbanding RM237.8 bilion pada bulan yang sama tahun sebelumnya, yang didorong oleh penyusutan eksport sebanyak 3.5 peratus kepada RM121.7 bilion.

DOSM menambah, import mencatat peningkatan sebanyak 1.2 peratus kepada RM125.9 bilion, sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah dagangan pada Jun tahun ini.

"Penurunan eksport Malaysia pada Jun 2025 didorong oleh kejatuhan eksport domestik, yang merangkumi 78.3 peratus daripada jumlah eksport, dengan penurunan sebanyak 5.2 peratus kepada RM95.3 bilion.

"Manakala eksport semula meningkat 3.4 peratus kepada RM26.4 bilion berbanding tahun sebelumnya," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM