KUALA LUMPUR, 24 Januari- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM37.18 bilion manakala dana Islam berjumlah RM26.70 bilion.
Pada hari ini, bank pusat itu akan menawarkan satu tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta selama tujuh hari dan masing-masing dua tender repo berbalik RM1 bilion bagi tempoh 33 hari dan 91 hari.
Bank pusat itu akan turut melaksanakan Bil-Bil Islam Antara Bank-Bank Bank Negara (BNIBI) pada 29 Januari untuk 31 hari.
Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu hingga tiga bulan.
Pada 4 petang, bank pusat itu akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM38.7 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM26.7 bilion.- BERNAMA