fb fb fb fb fb

Langkah BNM dorong kadar jangka pendek kekal stabil

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 April - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM21.45 bilion manakala dana Islam berjumlah RM21.07 bilion.

Pada hari ini, bank pusat akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta bagi tujuh hari dan 14 hari serta dua tender repo berbalik, masing-masing bernilai RM1 bilion selama 31 hari dan 91 hari.

Bank pusat itu akan turut menawarkan tender Qard bernilai RM400 juta selama tujuh hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM22.9 bilion dan RM20.7 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI