fb fb fb fb fb

Kontrak niaga hadapan KLIBOR ditutup tidak diniagakan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak diniagakan pada Selasa.

Kontrak bagi Julai 2024, Ogos 2024, September 2024 dan Disember 2024 masing-masing disandarkan pada 96.45.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing kekal sifar.

Di pasaran tunai, kadar asas KLIBOR tiga bulan berada pada 3.59 peratus semasa penetapan pada pukul 11.00 pagi.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM