fb fb fb fb fb

Khidmat storan awan dan pakar IT kini tersedia untuk PKS

FUJIFILEM Business Innovation

KUALA LUMPUR, 15 Mei - Bagi menyokong perkembangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini agar selari dengan transformasi digital semasa, sebuah syarikat terkemuka menawarkan perkhidmatan baharu berkaitan storan awan dan pakar teknologi maklumat (IT).

Pengurus Besar FUJIFILEM Business Innovation John Wong berkata pihaknya komited dalam memperkasa usahawan PKS dengan mewujudkan ruang kerja berasaskan struktur storan awan dan Perkhidmatan Pakar IT (Teknologi Maklumat).

"Pemilik perniagaan dapat mengakses data dan melaksanakan pelbagai tugas yang disimpan dalam storan awan pada bila-bila masa dengan pemantauan dan pengurusan jarah jauh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, melalui perkhidmatan pakar IT sedia ada, usahawan PKS mempunyai akses kepada pasukan IT yang bukan sahaja mahir dalam memantau sistem IT tetapi juga mengenal pasti dan menangani isu secara lebih tepat.

GRACE AISYAH KEDAYAN