fb fb fb fb fb

Keputusan perpindahan HQ Bursa Malaysia ke TRX masih belum dimuktamadkan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Perbincangan mengenai perpindahan Bursa Malaysia Bhd ke Tun Razak Exchange (TRX) sedang dijalankan bersama Mulia Property Development Sdn Bhd.

Mengesahkan perkara berkenaan, pengendali bursa saham itu menjelaskan, butiran terperinci mengenai perbincangan masih belum dimuktamadkan.

Sebarang pengumuman lanjut hanya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan penting.

Bursa Malaysia mengulas laporan media tempatan berkenaan perpindahan ibu pejabatnya yang dikatakan dalam peringkat akhir rundingan.

Mulia Property merupakan pemaju bangunan Exchange 106 di TRX.

Bursa Malaysia ketika ini beroperasi di Exchange Square, kompleks pejabat terletak di Bukit Kewangan, di ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE