KUALA LUMPUR, 19 Jun - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Jun ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu ditetapkan berdasarkan kepada harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Menurut MOF, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.