KUALA LUMPUR, 8 November -Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan selepas disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang berterusan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini, bank pusat menjalankan operasi setiap hari melalui operasi tender repo berbalik, repo berbalik Islam dan tender semalaman Murabahah untuk mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Secara mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menokok kepada RM31.80 bilion berbanding RM31.10 bilion yang dicatatkan pada Jumaat sebelum ini, manakala lebihan kecairan dalam sistem Islam menurun kepada RM23.60 bilion daripada RM24.50 bilion.
Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 2.75 peratus setakat 7 Nov 2025. - BERNAMA