fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM28.63 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.93 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta masing-masing bagi tujuh hari dan 14 hari, serta dua tender repo berbalik RM1 bilion masing-masing untuk 33 hari dan 92 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM29.6 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM20.9 bilion. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF