fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM24.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.43 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional RM500 juta masing-masing bagi tujuh hari dan 14 hari, serta tender Bil-bil Antara Bank Bank Negara bernilai RM2.5 bilion untuk 29 hari.

BNM juga akan melaksanakan dua tender Qard iaitu tender RM300 juta bagi tujuh hari dan tender RM200 juta untuk 14 hari, serta dua tender repo berbalik RM1 bilion masing-masing bagi 29 hari dan 90 hari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah komoditi bercagar bertempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai RM26.0 bilion dan tender semalaman Murabahah RM18.6 bilion.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN