fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

KUALA LUMPUR, 23 Mei- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM37.69 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.18 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik iaitu yang bernilai RM1.5 bilion bagi 32 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM800 juta bagi 32 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM40.2 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM24 bilion. - BERNAMA

aidan