fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM23.21 bilion dan RM14.61 bilion dalam dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta untuk tujuh hari dan 14 hari, dan dua tender repo terbalik bernilai RM1 bilion selama 32 hari dan 91 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo terbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM24.6 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM14.6 bilion.

Bank pusat berkata ia berhak untuk menolak bida bank untuk tender semalaman sekiranya kedudukan mudah tunai tidak dilaporkan sebelum 4 petang.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE