KUALA LUMPUR, 29 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai diunjur berjumlah RM31.37 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.70 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menawarkan satu tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menawarkan tender semalaman bernilai sehingga RM32.9 bilion dan tender semalaman murabahah bernilai RM24.7 bilion. -BERNAMA