fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM31.09 bilion dalam pasaran konvensional dan RM25.11 bilion dalam dana Islam.

BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM2.8 bilion untuk tujuh hari dan RM1.8 bilion untuk 31 hari.

Bank pusat akan turut mengumumkan ketersediaan untuk repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar masing-masing bagi satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.7 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM25.3 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE