fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

GAMBAR FAIL / RTM

KUALA LUMPUR, 14 November - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM32.36 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM23.01 bilion.

Bank pusat itu akan melaksanakan tiga tender repo berbalik konvensional masing-masing bernilai RM3.0 bilion bagi tempoh tujuh hari, RM1.5 bilion untuk 30 hari dan RM1.0 bilion bagi 94 hari, serta tender repo berbalik Islam RM700 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.9 bilion dan RM23.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM