fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 September- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.76 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.11 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender repo terbalik bernilai RM1.50 bilion bagi 30 hari dan tender repo berbalik semalaman bernilai RM4.0 bilion untuk satu hari.

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM38.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM19.1 bilion.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN