fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi dalam dagangan awal

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan hari ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada pukul 9.26 pagi, kontrak September 2024 meningkat 2.0 mata kepada 1,669.5 manakala Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing menambah 2.5 mata kepada 1,673.0 dan 1,677.5.

Kontrak Mac 2025 kekal tidak berubah pada 1,662.5.

Jumlah dagangan sebanyak 5,588 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 55,188 kontrak.

FBM KLCI meningkat 0.51 mata kepada 1,670.88 selepas 44 minit dagangan.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM