fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil, berikutan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 21 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM39.24 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.39 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari.

Selain itu, ia akan turut menjalankan dua tender repo terbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 29 hari dan 90 hari, serta tender repo terbalik Islam bernilai RM300 juta untuk 90 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM40.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM26.4 bilion.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM