KUALA LUMPUR, 3 September - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM21.29 biIion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM20.52 bilion.
Hari ini, bank pusat itu akan mengendalikan dua tender repo berbalik merangkumi masing-masing tender RM3.0 bilion bagi tujuh hari dan tender RM1.0 bilion untuk 91 hari selain dua tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta selama tujuh hari dan tender RM500 juta bagi tempoh 30 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM25.3 bilion dan RM21.1 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA