fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan konvensional dianggarkan berjumlah RM22.81 bilion manakala dalam sistem Islam mencecah RM24.09 bilion.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM3.9 bilion untuk tujuh hari, tender RM1.5 bilion bagi 33 hari dan tender RM1.0 bilion untuk 92 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bernlai RM29.2 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM24.1 bilion. -BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM