HONG KONG, 8 Oktober - Harga emas di pasaran global melepasi paras tertinggi baharu iaitu $4,000 buat pertama kali.
Ramai pelabur mula melabur dalam emas atas kebimbangan mengenai pelbagai isu, termasuk penutupan sebahagian kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) serta jangkaan pemotongan kadar faedah AS.
Logam berharga itu mencecah $4,000.01 satu auns dalam dagangan awal di pasaran Asia selepas meningkat lebih 50% sejak awal tahun lalu.
Pelabur juga sedang memantau ketidakstabilan politik Perancis dan prospek ekonomi global.
Seorang pakar ekonomi di Bank Pusat Australia, Taylor Nugent berkata, kenaikan mendadak harga emas telah didorong oleh peingkatan aliran masuk dana dagangan bursa dan pembelian bank pusat, termasuk permintaan kukuh daripada China.
"Emas mendapat manfaat daripada ketidaktentuan politik, ekonomi, dan inflasi," katanya.- AFP