fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Februari - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional naik sehingga RM30.04 bilion berbanding RM27.66 bilion yang disaksikan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam kewangan Islam susut kepada RM23.34 bilion daripada RM25.64 bilion.

Sebelum itu, BNM melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan komoditi bercagar Murabahah untuk tempoh satu dan tiga bulan.

BNM telah menyemak semula tender konvensional semalaman RM30.0 bilion kepada RM28.7 bilion.

Pada 4 petang, ia menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM30.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM23.30 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus setakat 16 Februari.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN