fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM28.91 bilion daripada RM25.34 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam naik kepada RM16.21 bilion daripada RM15.80 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan tender repo berbalik, tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, dua bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM28.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM16.20 bilion, kedua-duanya bagi kematangan sehari.

Pada 5 Februari, Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA