fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM19.68 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.48 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari.

Dalam pada itu, BNM juga menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM5 bilion untuk satu hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM24.5 bilion.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI