fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM22.43 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.65 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat mengeluarkan satu tender repo berbalik bernilai RM3.9 bilion untuk tujuh hari dan satu tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) bernilai RM500 juta bagi tujuh hari.

Sementara itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM26.3 bilion dan RM25.2 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA