fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan disokong operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi berterusan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Sepanjang minggu ini, bank pusat dalam operasi hariannya menawarkan tender repo berbalik, tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM21.0 bilion pada Jumaat daripada RM18.10 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai menyusut kepada RM22.10 bilion berbanding RM22.50 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 14 Ogos 2025. -BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN