fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Pada minggu ini, bank pusat melakukan operasi harian dengan menawarkan repo berbalik, repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM26.30 bilion pada Jumaat daripada RM27.60 bilion pada akhir minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai lebih tinggi pada RM26.29 bilion daripada RM18.70 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus pada 27 Februari. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA