fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, didorong operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.73 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.52 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion bagi 90 hari.

Ia akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam terdiri daripada tender bernilai RM370 juta untuk tujuh hari dan tender bernilai RM100 juta bagi 90 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.0 bilion.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM