fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM19.71 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.32 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM3.2 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 31 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.

Sementara itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.4 bilion dan RM24.8 bilion dalam tender semalaman murabahah. - BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE