fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 bilion untuk 92 hari / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 7 Oktober - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM37.04 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.83 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 bilion untuk 92 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM2 bilion untuk satu hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.5 bilion dan RM19.8 bilion untuk tender semalaman Murabahah.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN