fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 6 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.25 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.26 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik hari ini: tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari.

Selain itu, BNM mengumumkan tender repo berbalik semalaman bernilai RM5 bilion untuk tiga hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.3 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA