fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.88 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.29 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 31 hari dan 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.9 bilion dan RM19.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE