fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, bank pusat memasuki pasaran setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menawarkan tender pasaran wang konvensional,repo berbalik, qard dan tender Bil Antara Bank Bank Negara.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini meningkat kepada RM43.31 bilion daripada RM34.21 bilion sebelum ini.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai turun kepada RM23.34 bilion daripada RM32.40 bilion sebelum ini.

Setakat 21 Disember, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM