KUALA LUMPUR, 5 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM28.72 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.71 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta untuk tujuh hari dan 14 hari serta tender Qard bernilai RM400 juta untuk 14 hari.
Bank pusat akan turut menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 31 hari dan 91 hari.
Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.1 bilion dan RM22.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA