fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM38 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.89 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari.

Ia akan turut menjalankan dua tender Qard bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari serta dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 31 hari dan 92 hari.

Ia akan turut menerbitkan tender Bil Islam Antara Bank Bank Negara bernilai ​RM2.5 bilion untuk 30 hari pada 6 Mac.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.0 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.9 bilion.
- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI