KUALA LUMPUR, 23 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.71 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.38 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 14 hari serta tender Qard bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.
Ia akan turut menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 31 hari dan 29 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.7 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM24.9 bilion.- BERNAMA