fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM45.11 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM14.77 bilion.

Pada hari ini, bank pusat akan melaksanakan dua tender repo berbalik iaitu RM1.5 bilion untuk 30 hari dan RM1 bilion selama 92 hari.

Bank pusat itu akan menawarkan tender repo berbalik Islam bernilai RM770 juta selama 30 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM47.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM15.5 bilion.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE