fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI meningkat pada sesi awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada awal dagangan Selasa.

Pada pukul 9.27 pagi, Jun 2024 naik 4.0 mata kepada 1,612.50, Julai 2024 meraih 4.5 mata kepada 1,618.00, September 2024 menokok 3.0 mata kepada 1,602.00, dan Disember 2024 naik 5.5 mata kepada 1,610.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,087 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,790 kontrak.

Pada pukul 9.52 pagi, FBM KLCI meningkat 6.32 mata kepada 1,613.64 daripada 1,607.32 pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia ditutup pada Isnin sempena sambutan Aidiladha. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA