fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

BNM

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM28.78 juta dalam sistem konvensional dan RM19.51 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat dijangka menawarkan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta setiap satu bagi tujuh hari dan 14 hari serta tender repo berbalik bernilai RM1 bilion bagi 31 hari.

BNM juga menawar tender Qard bernilai RM300 juta bagi tujuh hari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan repo terbalik, perjanjian jual dan beli balik, dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM dijangka menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM28.8 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM19 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA