fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 Januari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pagi ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dianggar berjumlah RM35.97 bilion dalam sistem konvensional dan RM28.33 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta bagi tujuh hari, tender Qard bernilai RM2.5 bilion bagi tujuh hari dan tender repo berbalik bernilai RM1 bilion bagi 31 hari.

BNM juga akan menawarkan tender Bil Antara Bank Bank Negara berjumlah RM2.0 bilion pada 26 Jan bagi 31 hari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional berjumlah RM36.5 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM25.8 bilion.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN