fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kecairan dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM29.62 bilion daripada RM33.79 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi, manakala lebihan tunai dalam dana Islam susut kepada RM18.89 bilion berbanding RM19.36 bilion sebelum ini.

Hari ini, BNM melaksanakan dua tender repo berbalik.

BNM juga mengumumkan perjanjian jual beli balik tdan kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tenor satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM29.6 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM18.9 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) dikekalkan pada 3.00 peratus setakat 13 Mei. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF