fb fb fb fb fb

Kadar inflasi mereda, tidak bebankan masyarakat - Pakar

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Ida Yasin

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Kadar inflasi di Malaysia yang mereda kepada 1.5 peratus dilihat tidak memberi impak negatif terhadap pengguna dan tidak membebankan orang ramai.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Ida Yasin berpendapat, dengan peningkatan inflasi pada kadar perlahan, harga barang dan perkhidmatan tidak naik secara mendadak, sekali gus tidak menurunkan kuasa beli rakyat.

Walaupun berlaku sedikit peningkatan, inflasi Malaysia lebih rendah berbanding Filipina, Vietnam, Republik Korea dan Indonesia.

"Jika kita bandingkan inflasi sejak Januari lalu, Januari, Februari, Mac, April ini, kita dapati inflasi semakin menurun ke arah 3% iaitu 3.8%-3.7%. Ia semakin menurun. Harga meningkat tapi kadar yang lebih rendah," jelas Dr. Ida Yasin.

Semalam, (22 Disember 2023), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan, 1.5% bagi November 2023 dan peningkatan inflasi itu telah didorong kenaikan perlahan restoran dan hotel, makanan dan minuman bukan alkohol dan kesihatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM