fb fb fb fb fb

Bursa Malaysia, RAM Holdings Bhd lancar platform pengumpulan dana hutang

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 Disember - Bursa Malaysia Bhd dan RAM Holdings Bhd menerusi entiti usaha sama BR Capital, melancarkan platform pengumpulan dana hutang.

Platform tersebut menjadi saluran pengumpulan dana alternatif kepada syarikat kecil dan sederhana yang tersenarai dan tidak tersenarai.

Ia melibatkan keperluan pengumpulan dana sekurang-kurangnya RM5 juta dengan tempoh minimum setahun, melalui penerbitan nota pelaburan dengan penarafan kredit.

Syarikat juga boleh mengakses kumpulan modal baharu melangkaui pasaran borong tradisional, selain menyediakan peluang kepada pelabur untuk mempelbagaikan portfolio.

Penyertaan untuk orang awam akan dibuka pada tahun hadapan.

TETITIA YUSOFF