fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

BNM

KUALA LUMPUR, 11 November- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Pada minggu dagangan yang baru berakhir, bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan pasaran wang konvensional, repo berbalik, qard, serta tender Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI).

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu itu menurun kepada RM41.11 bilion daripada RM44.03 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM22.54 bilion daripada RM22.13 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.99 peratus setakat 9 November. -BERNAMA

SITI AISHAH BINTI MD ISA