fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM43.58 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam pada RM29.07 bilion.

Pada hari ini, BNM akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1.0 bilion selama tujuh hari dan RM500 juta selama 14 hari, selain tender Qard bernilai RM700 juta bagi tempoh tujuh hari.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik yang merangkumi masing-masing tender RM1.5 bilion selama 33 hari dan tender RM500 juta selama 92 hari selain mengeluarkan tender Bil Antara Bank Negara Malaysia (BNIB) bernilai RM2.5 bilion selama 30 hari pada 27 November.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar selama sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM44.1 bilion dan satu tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM28.4 bilion.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM