fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi oleh BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan menjadi RM26.68 bilion daripada RM28.66 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM31.18 bilion daripada RM28.58 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat itu mengendalikan tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard, dua tender repo berbalik, serta Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB).

Selain itu, ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM26.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM31.20 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah pada 3.00 peratus setakat 11 Disember.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN