fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 12 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Jumaat berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM21.65 bilion daripada RM21.45 bilion pada pagi ini manakala dana Islam susut kepada RM17.81 bilion daripada RM21.07 bilion sebelum ini.

Terdahulu, BNM melaksanakan masing-masing dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM menjalankan tender pasaran wang konvensional RM21.6 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM17.8 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Selain itu, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus setakat 9 April, 2024.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN