fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

BNM

KUALA LUMPUR, 5 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM26.54 bilion berbanding RM28.72 bilion pada pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM20.53 bilion daripada RM22.71 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional bernilai RM26.5 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM20.5 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 4 April. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA