fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 Januari - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Selasa, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM23.42 bilion daripada RM23.77 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM27.33 bilion daripada RM27.84 bilion, sebelum ini.

Terdahulu, bank pusat itu menawarkan masing-masing satu tender pasaran wang kovensional, satu tender repo berbalik, dua tender Qard serta satu tender Bil Antara Bank Islam Bank Negara (BNIBI).

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu sehingga tiga bulan.

Selain itu, bank pusat itu menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM27.3 bilion daripada RM25.4 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM23.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.0 peratus pada 15 Jan, 2024. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF