fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Januari- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM24.57 bilion dalam sistem konvensional dan RM27.70 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta bagi tujuh hari serta dua tender repo berbalik masing-masing RM1 bilion untuk 33 hari dan 91 hari.

BNM akan mengendalikan Bil-bil Islam Antara Bank Bank Negara bernilai RM1.5 bilion bagi 31 hari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM26.1 bilion dan tender semalaman Murabahah RM27.7 bilion.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI